Berpeluang menghadiri Persidangan Bett Asia di Mandarin Oriental Hotel, KL pada 2-3 Oktober 2024.
Banyak sangat ilmu baharu yang diperolehi asepanjang 2 hari ini. Terutama sekali fokus tentang Artificial Intelligence (AI).
Di mana-manapun perbincangan berkait AI. Kepentingan AI dalam 10-20 tahun akan datang. Jika 20 tahun dahulu, kita tidak terfikir apa teknologi yang akan ada pada 2024, maka tentu kita teruja untuk menantikan apa yg akan ada pada 2044?
Sudah pasti, ia buka lagi soal tenaga yg diutamakan, sebaliknya ia akan tertunpu kepada soal pengawalan emosi untuk penghasilan sesuatu pada masa depan.
Anda yg masih hidup pada masa itu, tentu akan menghadapi cabaran lebih hebat. Sudah tentu teknologi sudah di hujung jari. Adakah, angan-angan filem Star Trex akan menjadi nyata?
Sama-sama kita nantikan.
Teruskan menghasilkan teknologi baharu, kerana ia sentiasa berkembang. Teruskan berinovasi.