KEMERIAHAN PASAR TANI BANDAR TEMERLOH

Agak lama juga tak ke Pasar Tani Bandar Temerloh. Maklumlah titik tengah Semenanjung Malaysia.

Mata memang tak keruan dek kerana melihat aneka barangan yang dijual di situ. Semua makanan yang jarang kita jumpa di bandar besar ada di sini. Segar dari ladang. Hihi.

Ramainya orang yang berkunjung ke Pasar Tani Temerloh. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk merasai keseronokan suasana pasar tani terpanjang di Semenanjung ini selain  membeli lauk pauk dan juadah yang dijual. 

Hari ini kebetulan terserempak pula dengan kawan lama semasa di Petaling Utama. Cikgu Yasser. Dah tiga tahun berpindah kawasan, baru kini dapat bersua. 

Tips jika ingin ke 'Pekan Sari Temeloh' - datang seawal jam 7 pagi untuk keselesaan anda mendapatkan tempat letak kenderaan yang dekat dengan pasar serta dapat membuat pilihan semasa membeli tanpa sesak. Jika anda sampai jam 10 pagi, nampaknya anda kena menapak jauh dari kenderaan dan perlu bersesak dalam keriuhan 'pekan sari' tersebut.

Pilihan di tangan anda.

Jumpa lagi.
Previous Post Next Post