KACAU DODOL @ PENGANAN SAMPAI PITAM

Seronok pula mengacau dodol atau 'penganan' kata orang Negeri Sembilan. Dah lama saya tinggalkan aktiviti ini. Yang terakhir pun masa sekolah rendah dulu. Tolong Mak Jenab kacau dodol setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Yang bestnya, masa inilah kita nak sangat makan penganan cair. Sedap sangat. Makan panas-panas. Hihi. Sekarang pun dah mudah diperolehi penganan panas dan penganas cair ini. Pergi sahaja ke Bandar Hilir, Melaka. Banyak gerai jualan menjual penganan. Panas-panas lagi. 

Tapi, ia masih tak boleh menandingi penganan yang dikacau sendiri dibawah terik mentari dengan kepanasan api yang tinggi. Hahaha. Memang ngam. Masa ni la macam-maca ragam keluar. Tapi AWAS! Jangan buat dalam kumpulan kecil ya. Letih ya amat nanti sebab kena hadap 6-8 jam barulah dapat penganan sempurna masaknya. Panggillah ramai-ramai ahli keluarga turun padang. Hahaha. Macam kami.

https://www.youtube.com/watch?v=v7JoVmjz1mI&t=6862s 

https://youtube.com/shorts/GK1g9u-BLF0?feature=share

Saksikan video kami mengacau penganan sampai siap. 3 kawah tau! Letih ya amat. 7 pagi hingga 8 malam. Tapi seronok sebab melayan karenah masing-masing supaya tak sendu.  

Kenangan Raya 2023.

#Dodol

#Penganan

 

Previous Post Next Post