BUKAN SENANG NAK BERJAYA TAPI KALAU DAH BERJAYA KITA PASTI SENANG



Ramai orang mengimpikan kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha kuat dan berpanjangan. Semangat yang tinggi untuk berjaya perlu ada dalam diri kita sepanjang masa.

Kadangkala sedang kita berusaha dan bersemangat, kita JATUH. Bangun semula! Itulah rutin orang yang berjaya. Jatuh dan bangun akan mematangkan kita. Pengalaman yang dikumpul akan menjadi sandaran supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan lama.

Lihat sahaja orang-orang hebat dan berjaya sekeliling kita. Mereka tidak patah semangat mengejar impian sekalipun ada yang memandang sinis terhadap usaha mereka. 

KUAT dan TABAH adalah resipi utk berjaya.
Previous Post Next Post