SIAP MENANDA KERTAS BAHASA MELAYU TAHUN 3

Alhamdulillah. 

Selesai sudah menanda kertas Bahasa Melayu kelas sendiri Tahun 3 Diamond.
Gembira sangat kerana dalam tempoh menjumlahkan markah tadi majoriti dapat kategori B. Beberapa orang seperti dijangka mendapat gred cemerlang. Bagaimanapun, ada juga yang sangkut (dapat mata kail). Tidak mengapa dik. Kamu dapat apa yg kamu usahakan. Tahniah kepada yang rajin belajar dengan tekun. (Cikgu tumpang gembira juga kerana dapat graf yg cantik. Hihi.)

Tugas cikgu menyampaikan ilmu sebanyak-banyaknya kepada kamu. Bagaimana dan di mana hendak kamu aplikasikannya, terpulang kepada kebijaksanaan kamu.

Semoga di Tahun 4 nanti kamu sudah bersedia menempuhi alam pembelajaran yang lebih mencabar seperti mendapatkan idea, menulis ayat yang baik dan menulis sebuah karangan yang menarik berpandukan ilmu-ilmu yang telah kamu pelajari sebelum ini.

Tahniah kepada yang cemerlang. Kepada murid yang mendapat keputusan kurang cemerlang atau tidak menggembirakan, jangan putus asa. Masih ada banyak lagi masa untuk kamu perbaiki prestasi. 
Cikgu sentiasa doakan kejayaan anak-anak murid cikgu. 
Previous Post Next Post