Selamat Kembali ke Sekolah



Selamat kembali ke sekolah untuk Penggal Ketiga Sesi Akademik 2022/2023. Semoga adik-adik seronok belajar kerana dapat bersama rakan-rakan dan bertemu guru-guru untuk menimba ilmu. Ada yang merungut dalam kelas cikgu tadi. Katanya "bila cuti saya nak ke sekolah, tapi bila dah buka sekolah, saya seronok cuti". Hihihi. Adat lah begitu, kan? Bila di rumah, kita tiada kawan, main pun sorang-sorang sahaja atau bermain dengan adik beradik. Sebaliknya di sekolah kita dapat bermain dengan ramai kawan. Tentu lagi seronok bermain dan belajar bersama-sama di sekolah. Betul tak?
 

Previous Post Next Post