Kemeriahan Tahun Baharu Cina di Alamanda, Putrajaya


Ahad lepas, cikgu ke Alamanda Putrajaya. Kebetulan program sambutan perayaan Tahun Baru Cina dijalankan di sana. Nak tahu apa dia? Ya. Tarian singa. Biasa kita lihat persembahan yang mereka buat sangat menarik. Melompat-lompat di atas tiang besi dengan gagah dan berani. Ada ketika, kita akan bersorak keriangan kerana kagum dengan aksi berani mereka. 

Jadi, cikgu berkesempatan melihat kumpulan ini membuat persiapan sebelum mereka membuat persembahan. Cikgu dapat lihat kesungguhan mereka berlatih untuk membuat persembahan terbaik. 

Setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tiada kesilapan berlaku sepanjang persembahan nanti. 
Orang ramai sudah tidak sabar-sabar menanti persembahan tarian singa yang akan dipersembahkan nanti.
Tentu anda juga tak sabar menanti ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina juga, kan? Sebab kita boleh tengok tarian singa, kadang-kadang ada tarian naga. Sesiapa yang bertuah, akan dapat limau mandarin sebagai hadiah daripada  peserta yang membuat persembahan. Hahaha..

Opps.. cikgu tak dapat rekod persembahan sebenar mereka sebab telefon cikgu kehabisan bateri. Maaf ya. Tapi anda tentu dapat gambarkan kemeriahannya, kan? 




 

 

Previous Post Next Post