KEDATANGAN BULAN REJAB YANG DINANTI

Alhamdulillah, bulan Rejab 1444H tiba kini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi peluang lagi untuk bersama-sama menikmati kelebihan bulan Rejab @ bulan Allah.

Banyak keistimewaan bulan Rejab. Antaranya: 
1. Disunatkan berpuasa.
2. Digalakkan bersedekah.
3. Berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.
4. Rebut peluang menambah amalan sunat.
5. Salah satu bulan yang diharamkan peperangan.
6. Menandakan dua bulan lagi akan tibanya Ramadan, bulan yang dinanti.

Jom amalkan baca doa ini. Semoga kita dipanjangkan usia, sihat tubuh badan dan diberi kelapangan untuk menerima kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya, "Ya Allah berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan".

# Perbanyakkan amalan menuju akhirat.

Previous Post Next Post