Luangkan masa anda bersama anak-anak. Dengarlah dan bantulah anak-anak anda membaca bahan-bahan dalam tulisan jawi sebaiknya. Ini kerana, mereka perlu menduduki ujian yang memerlukan kemahiran membaca perkataan dan ayat dalam tulisan jawi. Seandainya mereka gagal menguasai kemahiran tersebut, apa agaknya jawapan yang akan dilengkapkan oleh anak-anak untuk menjawab sebarang soalan yang dikemukakan? Tentu anda tahu kan, waktu periksa, murid-murid tidak dibenarkan berbincang, apalagi meniru?